Asal Saud bin Muhammad bin Muqrin

Beliau berasal dari keluarga Muqrin, sebuah kabilah yang dikesan berasal dari kabilah Arab, Bani Amir bin Sa'sa'ah[2] Beliau merupakan pemimpin di lembah Diriyah dari 1720 hingga 1725.[3]

Keluarga Saud berasal dari keluarga yang memimpin pekan bernama Diriyah, berhampiran bandar Riyadh dalam dunia moden kini, berdekatan pusat wilayah Najd.

Beberapa ketika di awal kurun ke-16, leluhur Saud bin Muhammad mengambil alih beberapa kebun kurma, salah satu bentuk pertanian yang menyokong dan menetap di kawasan tersebut. Selepas berlalu beberapa ketika, kebun-kebun tersebut membesar sehingga menjadi pekan kecil, dan kabilah tersebut dikenali sebagai ketua bagi tempat tersebut[4]